Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Pertubuhan Keselamatan Sosial - Services For SPAM Subscription


Tawaran tender adalah dipelawa daripada petender-petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kelayakan berkaitan bagi perkara berikut:-


BIL .1 

TAJUK TENDER

Tender Membekal,  Menghantar, Memasang,Mengkonfigurasi, Mengintegrasi,Mengujifari, Mentauliah, Melatih, Menyelenggara Dan Khidmat Sokongan Bagi Langganan Perkhidmatan SPAM Email Filtering Bagi Email Exchange On-Cloud (Office 365)


RUJUKAN TENDER

T/PKS 10/2019  (M)


KOD BIDANG PENDAFTARAN

 

I. Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) Di  Bawah Kod Bidang 210103, 210105, Dan 210107.

 

ii. Mempunyai Modal Berbayar Minimum Sebanyak RM1,000,000.00


 

TARIKH TAKLIMAT  TENDER

 

18 April 2019 (Khamis) 3.00 petang 

(Kehadiran Adalah Diwajibkan) 

Dewan Persidangan Intan Tingkat 8, 

Menara PERKESO, Jalan Ampang 

Kuala Lumpur 

 

 

(Hanya Penama dalam sijil KKM sahaja yang benarkan hadir. Sila bawa bersama Sijil Pendaftaran Syarikat dengan  KKM (asal dan salinan) yang masih dalam tempoh sah laku  bagi kelayakan yang ditetapkan dan Borang 49 serta  Borang 24 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Minimum l Malaysia. Sekiranya penama dalam Sal KKM tidak dapat In hadir, sia bawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh penama yang diberi kuasa)


HARGA DOKUMEN

RM100.00


Dokumen Meja Tender dipamerkan di Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur. Dokumen Tender boleh dibeli seperti alamat di atas mulai 18 April 2019 hingga 2 Mei 2019 pada waktu pejabat dengan menggunakan Wang Pos Kiriman Wang/Draf Bank atas nama Ketua Eksekutif PERKESO dengan nilai seperti yang tercatat di atas dan tidak akan dikembalikan. Bayaran secara tunai atau cek persendirian tidak akan diterima. Dokumen boleh diperolehi di Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara PERKESO, 281 Jalan Ampang, 50638 Kuala Lumpur. 

 

Bagi tujuan pembelian dokumen tender, tuan/puan dikehendaki membawa Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia (asal dan salinan) yang masih dalam tempoh sah laku bagi kelayakan yang ditetapkan dan Borang 49 serta Borang 24 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sila bawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh penama yang diberi kuasa, jika penama tidak dapat hadir. 

 

Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri nombor rujukan tender dan diserahkan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 9 Mei 2019 (Khamis) ke alamat berikut:-

 

Ketua Eksekutif

Pertubuhan Keselamatan Sosial 

Bahagian Perolehan, Tingkat 11, Menara PEAKESO, 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur 

Dokumen tawaran tidak akan diterima selepas jam/tarikh tutup tender. PERKESO tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender yang terendah serta tidak bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender dan keputusan adalah muktamad.