Asklegal

Tender | Services

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia - Quotation Offer For Kafeteria Rent


KENYATAAN TAWARAN LKIM : S15/2019 

 

1.Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah kod bidang 040103 - Makanan dan Minuman Masakan Islam untuk bekalan berikut:


TAWARAN SEBUTHARGA BAGI PENYEWAAN KAFETARIA DI WISMA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA SELAMA 2 TAHUN

(LKIM : S15/2019)


 

Kementerian Kewangan Malaysla

040103 - Makanan Dan Minuman Masakan Islam


Tarikh Taklimat

19/3/2019 (Selasa) 10.00 pagi Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Bilik Siakap, Aras 2, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti 47120 PUCHONG, SELANGOR (No.Tel 03-80649106)


Tarikh, Masa & Tempat Pengambilan Dokumen Tawaran

Mulai 19/3/2019 (Selasa) Dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.00 ptg Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Bahagian Kewangan Dan Akaun; Asas Bawah, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 PUCHONG, SELANGOR 

*Sila kemukakan sijil asal dan salinan KKM*


Jumlah anggaran kakitangan LKIM

300 orang


Wang Pertaruhan

 

RM100.00 (wang pos/bank deraf) di atas nama LKIM Kumpulan Wang Rezab disertakan di dalam dokumen sebutharga. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak dilayan.


2. Kontraktor adalah DIWAJIBKAN menyertai sesi taklimat. 

3. DOKUMEN SEBUTHARGA HANYA AKAN DIBERI KEPADA KONTRAKTOR YANG MENGHADIRI TAKLIMAT PROJEK DAN SAH SAHAJA. Hanya penama di dalam Sijil pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri taklimat sebutharga dan TIDAK BOLEH MEWAKILKAN PEGAWAI SELAIN DARIPADA PENAMA YANG DIBENARKAN DI DALAM SIJIL.Untuk maksud ini, Kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran KKM asal dan satu salinan untuk simpanan LKIM. 

 

4.Dokumen Sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan menulis nombor dan tajuk tender di sudut atas sebelah kiri dan hendaklah dimasukkan sendiri ke dalam peti tawaran di alamat Bahagian Kewangan dan Akaun, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Aras Bawah, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 PUCHONG, SELANGOR. 

 

5. Tawaran ini akan ditutup pada 26 Mac 2019 tepat jam 12.00 tengahari.