Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - Tender For Souvenirs And Gifts


1. KENYATAAN AM/TAWARAN

 

1.1 Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 030201 ATAU 030299 bagi Tender Untuk Cenderamata Dan Hadiah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Bagi Tahun 2019 dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk tender berikut:-


Tajuk

Tender Untuk Cenderamata Dan Hadiah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Bagi Tahun 2019


Kategori

Cenderamata Dan Hadiah   ATAU Pembuat


Kod Bidang

 

030201 ATAU 030299


No Dokumen 

PTPTN/2019/T03


Tarikh Buka Tender

 

15 Mac 2019 (Jumaat) 


Tarikh Tutup Tender

10 April 2019 (Rabu) 

 

sebelum jam 12.00 tengah hari


Harga Dokumen  Tender

RM50.00


Taklimat berkaitan Tender akan diadakan pada 18 Mac 2019 (Isnin), jam 2.30 petang bertempat di Dewan Besar PTPTN, Tingkat 1, 1 Blok D, Menara PTPTN, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.


 

1.2 Petender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki mengemukakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf berharga RM50.00 (tidak dikembalikan) yang dibuat atas nama Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sebagai bayaran Dokumen Tender. Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan dan Sijil Taraf Bumiputera (jika syarikat bumiputera) hendaklah ditunjukkan semasa membeli Dokumen Tender dan salinannya hendaklah diserahkan untuk simpanan PTPTN.

 

1.3 Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Bahagian Perolehan, Aset dan Stor, Tingkat 13A, Menara PTPTN Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

 

1.4 Tender yang lewat dihantar tidak akan diterima / dilayan. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Tender yang dihantar.

 

1.5 Semua keterangan mengenai Tender ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan perkhidmatan / bekalan

perlu dikemukakan bersama-sama dokumen ini.

 

1.6 Tawaran akan ditolak sekiranya gagal memenuhi mana-mana syarat dalam Dokumen Tender.

 

1.7 Pemilihan syarikat akan dibuat berdasarkan kebolehan dalam memenuhi skop kerja dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan

serta anggaran kos yang ditawarkan oleh petender dan hanya petender yang berjaya akan dihubungi. 

 

1.8 Pihak PTPTN berhak menamatkan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat pada bila-bila masa sekiranya :

 

a) Tidak mematuhi skop kerja;

b) Tidak memenuhi kriteria yang telah dipersetujui;. 

c) Tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

 

 

1.9 Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

 

Bahagian Perolehan, Aset dan Stor

 

i. Puan Che Anishah Binti Aziz Tel: 03.2193.1002 

ii Encik Amir Azham Bin Yunus: Tel: 03,2193.1580 

iii Encik Mohamad Faizal Bin Alias Tel: 03.2193.1349

 

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Bahagian Perolehan, Aset dan Stor, 

Tingkat 13A, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, 

No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.