Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Jabatan Agama Islam Melaka - Services For Supplying Islamic Food


Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah kod Bidang Bekalan/Perkhidmatan di bawah Bidang, Sub-Bidang dan Pecahan Sub-Bidang 040103 (Makanan Bermasak Islam) yang masih sah dan berkuatkuasa seperti berikut: 


No. Rujukan 

JAIM/KP/T/1/2019


Tajuk Tender

 

Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Islam Untuk Pelajar Asrama Sekolah Menengah Agama Dan Tahfiz Al-Quran Pulau Besar, Melaka


Syarat Pendaftaran (Kod Bidang)

 

Sijil Kementerian Kewangan Malaysia

 

Sijil Pendaftaran Bumiputera Kementerian Kewangan Malaysia  Yang Masih Sah

 

Kod Bidang: 040103 - Makanan Bermasak Islam


Tempat & Tarikh  Dokumen Mula  Dijual

 

Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 2, Pusat Islam Melaka, Bukit Palah, 75400 Melaka 

 

15 Mac 2019 (Jumaat)  Jam 9.00 pagi  sehingga 04.04.2019  (Khamis)

 


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM50.00 Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka


 

Tarikh & Masa Tutup Tender

 

 Bahagian Khidmat Kewangan Malaysia Pengurusan

Aras 2, Pusat  Islam Melaka,Bukit Palah,75400 Melaka  

 

5 April 2019

 

(Jumaat) 

 

12.00 tengah hari


 

Setiap Petender yang hendak memasuki tender DIWAJIBKAN HADIR KE TAKLIMAT TENDER. Syarikat yang telah menghadiri taklimat tender sahaja dibenarkan membeli Dokumen Tender. Petender yang berminat dikehendaki hadir untuk sesi taklimat seperti berikut :

 

 

Tarikh : 15 Mac 2019 (Jumaat) 

Masa : 10.00 pagi 

Tempat : Bilik Mesyuarat

Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 2, Pusat Islam Melaka

 

Petender-petender yang ingin menyertai tender ini hendaklah menyerahkan Wang Pos bernilai RM50.00 bagi setiap barang 1 tender di atas nama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka. Wang tunai dan cek persendirian tidak akan diterima. Bayaran dokumen ini tidak akan dikembalikan.

 

Semasa Taklimat Tender dan pembelian Dokumen Tender, petender-petender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut: 

a) Sijil Akaun Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan Malaysia / Sijil Virtual yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan dan masih berkuatkuasa; 

b) Sijil Akaun Pendaftaran Bumiputera dari Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa; 

c) Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran).Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise, lengkap bersama senarai pemilik.

 

Hanya penama di dalam Sijil Kementerian Kewangan dan SSM sahaja boleh menghadiri sesi taklimat. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam Sijil Kementerian Kewangan dan SSM.

 

Jabatan Agama Islam Melaka tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

 

Keputusan Tender ini adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.