Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Re-Construction Of Hydrant Firework


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


Pejabat yang memanggil tawaran

IP JKR Melaka


Tajuk Projek

PEMBINAAN SEMULA FIRE HYDRANT DI SERI NEGERI, MELAKA


Taraf /Jenis Syarikat*

T1 Bumiputera


Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

CIDB Gred G3 Kategori CE Pengkhususan CE20 & CE21

Atau PUKONSA Kelas CE Tajuk  I Tajuk Kecil 1 Atau UPKJ Kelas CE, CE20 Kepala I, Sub Kepala 4


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

IP J.K.R.  Bhg. Kontrak &  Ukur Bahan

20.03.2019  Hingga 03.04.2019

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

RM130.00 Pengarah, J.K.R, Melaka

(Wang Pos, Bank  Draf atau Kiriman Wang) 


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

IP J.K.R.  Bhg. Kontrak &  Ukur Bahan

10.04.2019  (RABU)   12.00 tengahari 


Lawatan tapak dan sesi taklimat tender diwajibkan pada 20.03.2019 (Rabu) Jam 9.30 pagi di BAHAGIAN BANGUNAN IBU PEJABAT JKR MELAKA. Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPK) yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ) yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos/ di atas nama Pengarah J.K.R. Melaka. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, Wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan: 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.