Asklegal

Tender | Construction

Universiti Malaysia Sarawak - Proposal For The Construction Of Additional Spaces


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) / Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Sarawak (UPXJ) yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja berikut:-


NO.TENDER /BUTIRAN TAWARAN

 

UNIMAS/T(8)/2019(5) 

CADANGAN PENAMBAHAN RUANG BAGI PEMBINAAN MINI GALERI, BILIK SUMBER DAN STAFF & STUDENT LOUNGE FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI (FBK) DI UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS),KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


SIJIL /BIDANG

CIDB

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam Gred G4 Kategori B Sub-Kategori B04 serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

ATAU

UPKJ

Kelas C Kepala Il Sub Kepala 1(c) serta Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dengan CIDB


 

TAKLIMAT /LAWATAN TAPAK (DIWAJIBKAN)

 

Tarikh

 19 Mac 2019 (Selasa)

 

 Tempat

Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1  Pejabat Pembangunan, UNIMAS

 

Masa

9.30 pagi


HARGA DOKUMEN TEMPOH JUALAN

RM750.00 Senaskah

19 Mac 2019 (Selasa)  hingga 08 April 2019 


 

TARIKH TUTUP/PETI TENDER

11 April 2019 (Khamis) 12.00 t/hari  

Peti Tender

No. 1 


1. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh didapati daripada Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan dengan bayaran secara tunai, deraf bank, wang pos/kiriman wang yang dibuat atas nama 'UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK.

 

2.Kontraktor dikehendaki menunjukkan SIJIL ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK), SUIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DAN UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURU PERUNDING (UPKJ) (mana yang berkaitan) yang masih sah tempohnya dan menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil-sijil tersebut semasa membeli Dokumen Tender. HANYA PENAMA DI DALAM SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DAN UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR & JURU PERUNDING (UPKJ) SAHAJA YANG BOLEH MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER / LAWATAN TAPAK, KONTRAKTOR TIDAK BOLEH MEWAKILKAN PEGAWAI SELAIN DARIPADA PENAMA DALAM SIJIL PENDAFTARAN UNTUK MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER / LAWATAN TAPAK. HANYA KONTRAKTOR YANG TELAH MENGHADIRI TAKLIMAT TENRER/LAWATAN TAPAK SAHAJA DIBENAR UNTUK MEMBELI DOKUMEN TENDER YANG AKAN DUUAL SELEPAS TAKLIMAT TENDER / LAWATAN TAPAK TERSEBUT.

 

3.Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan di dalam sampul berlakri dan ditulis di sebelah atas kanan sampul No. Tender dan butiran tawaran dan dialamatkan kepada NAIB CANSELOR, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, PEJABAT BENDAHARI (UNIT PEROLEHAN), ARAS 1, BANGUNAN CANSELORI, JALAN DATUK MOHD MUSA, 94300, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan.

 

4.Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Pihak UNIMAS tidak terikat untuk menerima tawaran Tender yang terendah atau sebarang Tender. Semua kos pengangkutan yang berkaitan dengan pembelian dan penghantaran dokumen tender ini adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor.


KENYATAAN TENDER INI BOLEH DILAYARI DI LAMAN WEB -www.unimas.my