Asklegal

Tender | Construction

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah - Building Construction Works


 

 

 

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengemukakan tawaran bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut:-


 

NO.TENDER

7.0-05/ 2019


TAJUK KERJA

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 1 UNIT BANGUNAN PEJABAT RISDA STESEN PASIR AKAR KEKAL 2 TINGKAT DIATAS LOT 2341 PN 8764 (TAPAK PEJABAT) & LOT 3676 PN 6294 (TAPAK PARKING) MUKIM PASIR AKAR DAERAH BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.


SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

 

BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G3, 

 

Kategori B Pengkhususan B04

 

SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) 

 

SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB) OLEH PKK


LAWATAN TAPAK

 

Tarikh 21/03/2019 (KHAMIS)

 

Jam 10.00 pagi 

 

KEHADIRAN DIWAJIBKAN 

 

Petender diminta berkumpul di: PEJABAT RISDA DAERAH BESUT,

Lot 766, Jalan Tembila,

Kg. Raja, 22200 Besut, Terengganu Darul Iman.

 


HARGA DOKUMEN TENDER

RM 400.00


TEMPOH PEMBELIAN DOKUMEN TENDER

 

Mulai pada 24/03/2019 (AHAD) Sehingga 14/04/2019 (AHAD)

 


TARIKH/WAKTU TUTUP/PEJABAT YANG MENGELUARKAN TENDER 

 

14/04/2019 (AHAD) Tepat Jam 12.00 Tengahari 

 

Urusetia: PEJABAT RISDA NEGERI TERENGGANU 

Jalan Sultan Ismail, 20700 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

 

 


 

Bayaran dokumen tender hendaklah dalam bentuk Wang Tunai/Kiriman Wang Pos atau Deraf Bank atas nama *RISDA AKAUN BHG KEWANGAN. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

 

Ahad hingga Rabu : Dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan

                                 dari jam 2.30 petang hingga 3.45 petang. 

              Khamis : Dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan

                                dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. 

 

 

 

Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada kontraktor yang Sah saja. Satu kontraktor dibenarkan membeli hanya satu naskah dokumen tender sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor wajib membawa SIJIL LAWAT TAPAK ASAL SUIL PENDAFTARAN ASAL PKK dan CIDB yang masih sah tempoh pendaftaran serta DUA salinan pendua kedua-dua sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod pejabat ini semasa membeli dokumen tender. Perkhidmatan fotostat tidak disediakan. Petender dikehendaki menyediakan pengangkutan sendiri semasa menghadiri lawatan tapak 

 

Peringatan: Tender ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Pindaan 23/12/2014). 

 

Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan jelas Nombor Tender dan Tajuk Kerja dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Perolehan Pejabat RISDA Negeri Terengganu, Jalan Sultan Ismail, 20700 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman tidak lewat daripada 14/04/2019 sebelum jam 12.00 tengah hari. 

 

RISDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.

 

"PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)"