Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - Diploma Programmes Implementation at KKTM Sri Gading


1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:


 

NO.TENDER

12/2019


TAJUK KERJA

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH PERALATAN PROGRAM DIPLOMA IN CONSTRUCTION ENGINEERING  TECHNOLOGY (GREEN AND ENERGY EFFICIENT BUILDINGS) DAN DIPLOMA IN CONSTRUCTION ENGINEERING TECHNOLOGY (BUILDING  INFORMATION MODELLING) DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) SRI GADING

 


KOD BIDANG

 130101 atau 130102


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

13/03/2019 Hingga  26/03/2019

 

ISNIN-KHAMIS 

8.30 pagi- 1.00 petang

2.00 petang - 4.30 petang

 

JUMAAT

8.30 pagi - 12.15 t/hari 

2.45 petang - 4.30 petang 


 

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

 

27/03/2019 Pendaftaran : 10.00 Pagi

 

 Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)  Sri Gading Bt. 11, Jalan Kluang Parit Raja, 86400 Batu Pahat,Johor 


HARGA SENASKHAH DOKUMEN

 RM108.85


TARIKH TUTUP  TENDER

18/04/2019  (Sebelum  12.00 tengah hari) 


 

 

2.Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya, untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

 

i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

 

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak. 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak

akan dijual selepas tempoh ini. 

 

5.Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. WAKIL SYARIKAT adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang dibenarkan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender. 

 

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal. 

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

8.Dokumen tender.yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

 

PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER)

LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari 

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my