Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Ranhill SAJ Sdn. Bhd - Proposed New Financial System


SAJ / TA / 26 / 2019

1.0 Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 210104 (Software/ System development/Customization and maintenance including data entry, data processing) yang dimiliki 100% oleh rakyat Malaysia dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut.

 

PROPOSED NEW FINANCIAL SYSTEM AT RANHILL SAJ SDN BHD

2.0 Naskah Meja Tender akan dipamerkan mulai 13.03.2019. (RABU) hingga 03.04.2019 (RABU) semasa waktu pejabat seperti berikut :-

Hari

Ahad sehingga Khamis

Masa

08.30 a.m. - 01.00p.m.

02.00 p.m. - 04.15 p.m.

di Jabatan Kontrak & Perolehan, Bangunan Ibu Pejabat Ranhill SAJ Sdn. Bhd., Jalan Garuda, Larkin 80350 Johor Bahru, Johor.

 

3.0 Dokumen Tender akan dijual mulai dari 13.03.2019 (RABU) mengikut waktuwaktu seperti di perenggan 2.0 di atas sehingga 01.04.2019 (ISNIN). Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh ini.

 

4.0 Pentender yang ingin memasuki tawaran ini dikehendaki mengeluarkan WANG TUNAI/WANG POS/WANG KIRIMAN/BANK DERAF yang berharga RM300.00 dan dibuat atas nama RANHILL SAJ SDN. BHD. sebagai bayaran satu (1) set Dokumen Tender.

 

5.0 Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Wakil-wakil Kontraktor juga dikehendaki mengemukakan satu (1) salinan bagi sijil berkaitan untuk simpanan SAJ.

6.0 Tender ini akan ditutup pada 03.04.2019 (RABU). Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Ketua Kontrak & Perolehan, Bangunan Ibu Pejabat Ranhill SAJ Sdn. Bhd., Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor dengan menggunakan sampul surat yang berlakri dengan menulis Tajuk Tender dan No. Tender SAJ/TA/26/2019 pada sudut sebelah kiri sampul surat tersebut pada atau sebelum 02.30 petang.

 

7.0 Petender yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Tender/ Sebutharga SAJ, sila layari laman web www.ranhillsaj.com.my.