Asklegal

Tender | Supply

Majlis Sukan Negara Malaysia


1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah pecahan kepala 040103 bagi menyertai tender berikut:-

 

 

NO TENDER 

MSN/BPK/BKLN/ T/03/2019

 

PERIHAL KERJA

TAWARAN  PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK UNTUK ATLET MSN DI AKADEMI MOKHTAR DAHARI (AMD), GAMBANG

 

KELAYAKAN

KKM Kod Bidang: 040103

 

HARGA DOKUMEN

RM50.00

 

TARIKH & WAKTU TAKLIMAT

Tarikh:  15 Februari 2019  

(Jumaat) 

Masa: 11 pagi 

 

 

 

2.Dokumen tender boleh dibeli pada hari taklimat di alamat seperti dibawah. Pembelian tender selepas dari tarikh taklimat hendaklah dibuat di Tingkat 4, Bahagian Kewangan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur pada waktu pejabat : Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4 petang) mulai 18 Februari 2019. Bayaran dokumen tawaran ialah RM50.00 senaskah secara TUNAI sahaja. Setiap syarikat DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat seperti yang telah ditetapkan di atas bertempat di alamat berikut:

 

Bilik Mesyuarat 

Akademi Bola Sepak Negara

Mokhtar DahariJalan Gambang 10

26300 Gambang, Kuantan

 

3. Sijil kelayakan asal Kementerian Kewangan yang terkini mestilah dibawa bersama apabila hendak membeli dokumen tawaran tersebut. Sekiranya Sijil Kelayakan tidak disertakan, maka dokumen tidak akan dikeluarkan.

 

4. Syarikat yang tidak menghadiri taklimat tidak akan dipertimbangkan. Sama ada tawaran diterima, gagal, ditawarkan semula ataupun tender ini dibatalkan, wang pembelian dokumen tidak akan dikembalikan. Syarikat dikehendaki mengemukakan SIJIL ASAL PENDAFTARAN dan satu salinan untuk simpanan Majlis Sukan Negara Malaysia sebelum dokumen dikeluarkan. Tender yang telah siap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Tender di Tingkat 4, Bahagian Kewangan Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur tidak lewat dari 08 March 2019 (Jumaat), jam 12 tengahari.

 

Tender yang diterima selepas waktu dan tarikh tutup tidak akan dilayan. Pihak Majlis Sukan Negara Malaysia tidak terikat untuk menerima tender yang terendah/tertinggi atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada syarikat-syarikat yang tidak berjaya.


Medium 2d539fad c389 4b0b 9593 d51cd1795cb6