Asklegal

Tender | Construction

YP Plantation Holdings Sdn. Bhd.


YPPH/POM/01-2019)

YPPH PALM OIL MILL SDN. BHD. sebuah anak syarikat milik penuh YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. ingin melaksanakan pembinaan kerja-kerja tanah bagi pembinaan Kilang Sawit di Ladang Sg. Bebar Utara, Pekan, Pahang Darul Makmur, ingin menjemput kontraktor-kontraktor yang berkelayakan dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi menyertai tender berikut:


No Tender

YPPH/POM/01-2019


Tajuk Tender

Cadangan Melaksanakan dan Menyiapkan Kerja-Kerja Tanah untuk Membina  Kilang Sawit 60 TPH di PT 8997

Ladang Sg. Bebar Utara, Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur.


Kod Bidang

CIDB Gred G4-G5  Pengkhususan  CE21


Harga Dokumen Tender

RM300.00


Tarikh Tutup Tender

28 Februari 2019 (Khamis) Jam 3.00 petang


 

2. Petender yang ingin menyertai tender ini DIWAJIBKAN menghadiri lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berkumpul seperti berikut:-

 

Tarikh 

14hb Februari 2019 (Khamis)

 

Masa

10.30 pagi

 

Tempat Berkumpul Masjid Nenasi, Pekan, Pahang

 

Dokumen tender akan dijual kepada penender yang menghadiri lawatan tapak sahaja.

 

3. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat bermula 15hb Februari 2019 (Jumaat) hingga 28 Februari 2019 (Khamis) di:

 

YP Plantation Holdings Sdn. Bhd.

Tingkat 4, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur

26060 Kuantan Pahang Darul Makmur No. Telefon: 09-5341100

 

4. Bayaran dokumen tender berjumlah RM300.00 hendaklah dibuat dalam bentuk Tunal atau Bank Deraf atas nama YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

 

5. Dokumen tender hanya akan dijual kepada petender atau wakinya yang menunjukkan sijil asal pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kesemua sijil-sijil tersebut hendaklah mempunyai kod bidang yang berkaitan serta masih sah tempoh lakunya. Satu salinan fotostat sijil berkenaan hendaklah juga diserahkan semasa membeli dokumen tender untuk kegunaan Syarikat.

 

6. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bemeteri dengan menulis nombor dan tajuk tender di sudut atas sebelah kiri dan hendaklah dimasukkan sendiri ke dalam Peti Tender di alamat seperti di perenggan 3 sebelum atau pada jam 3.00 petang, 28 Februari 2019 (Khamis).

 

7. Pihak YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tender. Semua perbelanjaan bersabit dengan tender ini adalah tanggungjawab kontraktor sendiri.


Medium ec64d321 bbe7 4618 a063 00b652727008