Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan


TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK ISLAM KE ASRAMA  MAAHAD AHMADI GEMENCHEH, DAERAH TAMPIN NEGERI SEMBILAN BAGI KONTRAK MULAI 1 APRIL 2019 HINGGA 31 MAC 2021 (24 BULAN) 

 

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang bekalan / perkhidmatan di bawah bidang, sub-bidang dan pecahan sub-bidang

040103 (Makanan Bemasak Islam) yang masih sah dan berkuat kuasa. 

 

2. Perincian tender adalah seperti berikut:

 


 

KOD TENDER

JHEAINS (T)/1/2019


NAMA SEKOLAH

Maahad Ahmadi Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus

 


BILANGAN PENGHUNI ASRAMA

520 orang


TARIKH, MASA DAN TEMPAT TAKLIMAT

Tarikh: 17 Januari 2019 (Khamis).   Pendaftaran: 10.30 pagi Taklimat: 11.15 page.  Tempat: Ibnu Sina Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan


TARIKH, MASA DAN HARGA PEMBELIAN DOKUMEN

Tarikh Mula: 18 Januari 2019 (Isnin) 

Tarikh Akhir: 7 Februari 2019 (Khamis) 

Masa: Isnin - Khamis: 9.00 pagi - 12.20 tengah hari 

                                      2.30 -4.00 petang 

Jumaat: 9.00 - 11.30 pagi 3.00 -4.00 petang 

Harga: RM50.00 (TUNAI) 

Tempat: Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Negeri Sembilan 


TARIKH TUTUP DAN TEMPAT HANTAR 

Tarikh: 7 Februari 2019  (Khamis)  Masa: 12.00 tengah hari 

Tempat: Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Negeri Sembilan 


3. Semasa menghadiri Taklimat Tender, petender-petender hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut: 

3.1. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan / Sijil Virtual yang lengkap menyatakan kod Bidang berkaitan serta masih sah dan berkuat kuasa; 

3.2 Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera daripada Kementerian Kewangan yang masih sah dan berkuat kuasa; 

3.3 Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise lengkap bersama senarai pemilik; dan 

3.4 Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi / Sijil Pendaftaran Pertubuhan bagi Koperasi / Pertubuhan / Persatuan yang lengkap bersama senarai nama pemilik. 

 

4. Setiap petender yang hendak memasuki tender adalah DIWAJIBKAN HADIR KE TAKLIMAT TENDER. Selaras dengan arahan Kerajaan. 1 Pekeliling Perbendaharaan: PK 2.1, Petender yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak MESTILAH terdiri daripada Pemilik / Ahi Lembaga Pengarah SAHAJA dan fiDAK BOLEH MEWAKILKAN pegawai selain daripada penama dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia. Sila bawa bersama Salinan Borang 49, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang DIAKUI SAH oleh SSM / Pesuruhjaya Sumpah bagi Lembaga Pengarah semasa menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak. Syarikat yang telah menghadiri taklimat tender sahaja dibenarkan membeli satu Dokumen Tender sahaja. 

5. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. 

6. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya:

6.1 Petender GAGAL menghadiri taklimat dan lawatan tapak; 

6.2 Petender GAGAL mengemukakan dokumen wajib dengan lengkap seperti yang dinyatakan dalam dokumen dan borang tender, 

6.3 Petender LEWAT mengemukakan tawaran tender, dan 

6.4 Petender memasukkan dokumen tawaran di peti tender yang salah.


Medium 56048cc1 db5e 4350 a64b c78e029c0e16