Asklegal

Tender | Maintenance

Jabatan Kerja Raya


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/ UPKJ/Kementerian Kewangan dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan dan Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan / Kementerian Kewangan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


Pejabat Yang Memanggil Tawaran

JKR Negeri Sembilan Darul  Khusus


Tajuk Projek

Kerja-Kerja  Meyelenggara Jalan Longkang & Cerun Di Jalan Pachang - Cengkau (N10), Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.

(JKR/DT/N/006/2019)


Taraf jenis Syarikat

Bumiputera
 T1

Gred ,Kategori & Pengkhususan

G4 CE CE01,CE08 & CE21


Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan,JKR Negeri Sembilan Darul Khusus, Tkt.2, Blok B, Wisma Negeri,
Wisma Negeri, Seremban,

12.02.2019  Hingga 26.02.2019

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

RM300.00 BENDAHARI NEGERI,NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos


Tempat, Tarikh & waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan,JKR Negeri Sembilan Darul Khusus, Tkt.2, Blok B, Wisma Negeri,
Wisma Negeri, Seremban,

05.03.2019 Jam 12.00 Tengah Hari.



TAKLIMAT PROJEK ADALAH DIWAJIBKAN. BERKUMPUL DI BILIK GERAKAN, JKR REMBAU, NEGERI SEMBILAN PADA 31.01.2019 (KHAMIS) JAM 10.30 PAGI.


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA, atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank kiriman wang/wang pos di atas nama Bendahari Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa SURAT WAKIL dan perakuan/sijil ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR dan SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN yang dikeluarkan oleh LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA serta SIJIL TARAF BUMIPUTERA ASAL yang dikeluarkan oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN KONTRAKTOR & USAHAWAN berserta SATU SALINAN Sijil-Sijil tersebut.

* Jenis Syarikat Tempatan : T1 - Syarikat 100% milik tempatan.
                                           A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja                                                   adalah 100% warganegara.         
                                          A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL dan Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing      
                                                  tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

                                      


Medium 95e2d773 eb59 4474 ab43 238153098f15