Asklegal

Tender | Services Tender | Advertising

Penang Development Corporation


NO. PRA KELAYAKAN: PPPP/BP/T1/2019

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mempelawa syarikat-syarikat tempatan dan berkelayakan dalam bidang perkhidmatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyertai Pra Kelayakan ini untuk berdaftar sebagai Panel PDC bagi sesi 2019-2020 mengikut Kod Bidang seperti di bawah:-

NO. PRA KELAYAKAN: PPPP/BP/T1/2019 PRA KELAYAKAN BAGI PELBAGAI JENIS PERKHIDMATAN (SERVICE PROVIDER) UNTUK PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC) BAGI TAHUN 2019-2020 DALAM BIDANG:-

1. Pengurusan fasiliti yang berpengalaman dalam memberi perkhidmatan pengurusan fasiliti bagi multinational company (MNC) atau projek-projek PDC .

2. Pengiklanan/Percetakan.

3. Konsultan berkaitan dengan Kewangan & Pelaburan untuk Perkhidmatan Penasihat Cukai (Tax Advisors), Juruaudit (internal & External) dan Penasihat Korporat bagi PDC & Anak-anak Syarikat

4. Pembekal Perkhidmatan bagi acara perayaan (Event Service Provider)

5. Perunding Perkhidmatan Perundangan (Legal Retainer/Consultant)

6. Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan

7. Perkhidmatan Keselamatan

8. Juruukur Tanah Berlesen

9. Lantikan Penilai Luar

10. Perkhidmatan Perundangan Peguam (Conveyancing)

11. Pengurusan & Penyelenggaraan Bangunan

Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa menyerahkan tender.

Dokumen tambahan bagi tender ini boleh dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang http://ep.penang.gov.my/ mulai 10 Januari 2019 (Khamis) secara percuma.

Tarikh tutup serahan dokumen ini ialah 31 JANUARI 2019 JAM 12.00 TENGAHARI. Dokumen pra kelayakan harus diletakkan ke dalam sampul surat yang berlakri dengan mencatatkan Bidang Perkhidmatan; nombor dan tajuk Pra Kelayakan di sebelah kiri di luar sampul surat tersebut sebelum dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di:-

Bahagian Perolehan, Tingkat 3
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr. Lim Chong Eu No. 1, Persiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hanya syarikat yang lulus proses Pra Kelayakan Perkhidmatan Perkhidmatan Perunding (service provider) akan didaftarkan sebagai panel PDC.

Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan Petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta.'


Medium f0e8dab4 e41a 424b b4da 105a361bbb36