Asklegal

Tender | Services

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang Pendaftaran bagi pembekalan seperti berikut:-


NOMBOR TENDER
 KWSP.JPPB/S). 400-5/8/60


BUTIR-BUTIR BEKALAN
IMPLEMENTATION OF  NETWORK ACCESS  CONTROL (NAC)



HARGA DOKUMEN
RM2,250.00


KOD BIDANG PENDAFTARAN  (KKM)
210102/210105/210107/210201/210202/210203/


TARIKH TUTUP MENGEMBALIKAN DOKUMEN

 22 Januari 2019 (Selasa) (jam 12.00 tengah hari)


NO. PETI
17



2. Dokumen Tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 31 Disember 2018 (Isnin) sehingga 22 Januari 2019 (Selasa) di Unit Pengurusan Tender Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Electronic Fund Transfer (EFT) KWSP Maybank: 564155219470/ Tunai/Banker's Cheque atas nama Ketua Pegawai Eksekutif KWSP. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

3.Petender hendaklah membawa bersama-sama salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih san tempohnya, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Borang 24 semasa mengambil dokumen tender. Dokumen tender tidak akan dijual sekiranya petender gagal berbuat demikian.

4. Modal berbayar petender hendaklah sekurang-kurangnya sebanyak RM500,000.00.

5. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.

6. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang telah dimeterai no. tender dan jenis kera berkaitan di sebelah kiri sampul surat dan dikembalikan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 22 Januari 2019 (Selasa) kepada:-


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

7. Petender dinasihatkan meneliti jadual kerja dan syarat-syarat mandatori sebelum membeli dokumen tender ini.


Medium 824c2b6b 9bd2 4ed8 8503 b67c9f0d52f5