Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.


Tender adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal dengan pendaftaran masing-masing yang masih sah laku selama 90 hari dari tarikh tutup Tender bagi pembekalan berikut:-


Bil
1.



No. Kontrak
TENDER/QSH/01/19


Tajuk Tender
RECALL SUPPLY, INSTALLATION, DELIVERY AND COMMISSIONING  OF INDUCTIVELY COUPLE PLASMA ATOMIC/OPTICAL EMISSION SPECTROSCOPY (ICP-AES/OES) AT SUNGAI DUA LABORATORY, PBAPP (RE-CALL)



Bidang Pendaftaran dan Syarat Kelayakan

• Kementerian Kewangan  Malaysia (KKM) Kod Bidang 060501

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)- sertakan maklumat pemiagaan/Korporat

Harga Dokumen Tender (RM)

RM 100.00



Tarikh Masa Lawatan Tapak Tempat Berkumpul (WAJIB)

16/01/2019 (Rabu) 9.30 pagi Makmal Sungai Dua, Lof Rawatan Air Sungai Dua, PBAPP


Tarikh Tutup (Sebelum Jam 12.00 Tengah Hari)

30/01/2019 (Rabu)



Naskah Meja Tender akan dipamerkan selepas lawatan tapak pada waktu pejabat (9.00am-3.30pm) di Jabatan Perancang dan Pembangunan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd, L4, CT, Fasa 18, Tingkat 4, Komtar Pulau Pinang.

Lawatan lapak adalah DIWAJIBKAN mengikut tarikh yang ditetapkan seperti diatas. Kontraktor yang mempunyai kelayakan bidang pendaftaran seperti di atas dan berminat hendaklah berkumpul di tempat tersebut di atas.

Dokumen Tender akan mula dijual selepas lawatan tapak pada 16/01/2019-28/01/19 waktu pejabat (9.00am-3.30pm) di Jabatan Perancang dan Pembangunan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd, L4,ICT, Fasa 18, Tingkat 4, KOMTAR, Pulau Pinang.

Harga setiap naskah lengkap Dokumen Tender adalah seperti tertera di atas dan bayaran harus dibuat dalam bentuk wang tunai atau bank deraf atas nama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn.Bhd. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil kontraktor yang sah. Untuk maksud ini wakil kontraktor hendaklah hadir dengan membawa salinan ASAL Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan SSM dengan masing-masing satu salinan fotostatnya untuk simpanan pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn.Bhd.

Dokumen Tender hendaklah dihantar melalui sampul surat yang dimeteri dan ditandakan dengan tajuk Tender di sudut sebelah kiri dan dialamatkan kepada:-


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN.BHD. L4, ICT FASA 1B, TINGKAT 4, KOMTAR. 10000 PULAU PINANG.

dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Perancang dan Pembangunan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd., L4, ICT, Fasa 1B, Tingkat 4, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


Medium 8b0104e7 25bb 490a 8ac5 a2e1bef2d120