Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services Tender | Government

Universiti Malaysia Terengganu


Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di dalam bidang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa bagi tawaran berikut:-



JENIS TAWARAN

No. Tawaran:UMT/T01/2019

TENDER PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENYAMAN UDARA PAKEJ B UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN BAGI  UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


KOD KELAYAKAN

CIDB Gred G4

Kategori ME (Mekanikal) Pengkhususan M01 (Sistem Hawa Dingin dan Pengedaran Udara)  DAN PKK Sijil Taraf Bumiputera yang masih sah/T1*

 * Syarikat yang 100% milik tempatan



TAKLIMAT &  LAWATAN TAPAK

Tarikh: 15 Januari 2019 (Selasa)  Masa:11.00 pagi  Tempat : Rumah Universiti, UMT   

*Kehadiran taklimat dan lawatan tapak adalah diwajib



HARGA DOKUMEN

RM100.00 Dijual pada: 15 Januari 2019 (Selasa)  Hingga 31 Januari 2019  (Khamis)



TARIKH TUTUP

11 Februari 2019 (Isnin)



NO.PETI

1



Prosedur pembelian dokumen tender yang menggunakan sijil:

Petender perlu membawa dan mengemukakan Sijil Pendaftaran (PKK dan CIDB) yang ASAL berserta dengan satu salinan.

Dokumen Tender akan dijual pada waktu pejabat mulai jam 8.30 pagi hingga -3.30 petang (Ahad - Khamis) di kaunter Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu dengan membuat bayaran dalam bentuk Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang dibuat atas nama Bendahari, Universiti Malaysia Terengganu (yang tidak akan dikembalikan). Pembelian Dokumen Tender melalui pos tidak akan dilayan kecuali diuruskan sendiri oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik oleh pembekal.

Dokumen Tender hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, sebelum atau pada 11 Februari 2019, Peti No.1 jam 12.00 tengahari sepertimana tarikh tutup pada jadual di atas. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

Pihak UMT tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak perlu untuk memberi sebarang alasan kepada petender yang tidak berjaya.


PERINGATAN : Tender ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Pindaan 23/12/2014)

Iklan ini boleh dilayari di halaman web berikut: http://www.umtedu.my     http://onlinepembekal untedu.my

 

 

 

 


Medium fadb1382 1f88 4821 83ce dba3d05fc2d8