Asklegal

Tender | Services

KWSP


1. Tender adalah dipelawa secara terbuka bagi perkhidmatan seperti berikut:


NOMBOR TENDER

KWSP.JPPB(S). 400-5/8/59


KETERANGAN TENDER
Outsourcing Printing And  Sending Of Notices/Documents  via Mail or Email (e-Notices)


HARGA DOKUMEN
RM7,149.00


KOD BIDANG
210101/210102/ 210103/210104 210105/210106

TARIKH TUTUP MENGEMBALIKAN DOKUMEN  

27 Disember 2018 (Khamis) jam 12.00 tengah hari

NO.PETI

  PETI 18


 
2. Dokumen Tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 6 Disember 2018 (Khamis) sehingga 27 Disember 2018 (Khamis) di Unit Pengurusan Tender Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Electronic Fund Transfer (EFT) ke KWSP Maybank: 564155219470/Tunai/Banker's Cheque di atas nama Ketua Pegawai Eksekutif KWSP. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

3. Petender hendaklah membawa bersama-sama salinan Sijil Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih sah tempohnya, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Borang 24 semasa mengambil Dokumen Tender. Dokumen Tender tidak akan dijual sekiranya petender gagal berbuat demikian.

4. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.

5. Modal berbayar petender hendaklah sekurang-kurangnya sebanyak RM1,500,000.00.

6. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang telah dimeterai dan nombor tender dan jenis kerja berkaitan ditulis di sebelah kiri sampul surat dan dikembalikan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 27 Disember 2018 (Khamis) kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF · Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan
Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

7. Petender dinasihatkan meneliti jadual kerja dan syarat-syarat mandatori sebelum membeli Dokumen Tender ini.


Medium 400af217 df14 4636 a854 5c6774f7ddf0