Asklegal

Tender | Construction

Johor Corporation



Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut:


BIL. 1 PROJEK
Cadangan Membina Berdaftar Dengan Dan Menyiapkan Sistem Perparitan Aliran Keluar ke Sungai Lepau Merentasi Rizab Jalan, Rizab Pamer Dan Rizab Paip Gas, Bagi Tujuan Taman Perindustrian Pengerang, Di Atas Sebahagian PTD 2083 (Lot Asal), Mukim Pengerang, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim 

Bilangan Tawaran :JC/T13/2018


KELAYAKAN KONTRAKTOR

Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB) 

Gred: G5
Kategori:CE
Pengkhususan:CE21 



TAKLIMAT TENDER

Tarikh :Khamis/13 Disember 2018 
Jam: 10.00 Pagi 
Tempat: Pusat Informasi Setempat Pengerang (P1SP)
No. 33-01 Jalan Persiaran Damai 2/2 
Taman Bayu Damai  81620 Pengerang, Johor  
(Tel:07-2226922) 
(Koordinat: 1.38739, 104.271291) 
(Kehadiran adalah wajib untuk setiap pemborong yang telah membeli tender, Individu yang dinamakan di dalam sijil CIDB sahaja yang layak mengesahkan slip kehadiran semasa lawatan tapak.)


HARGA DOKUMEN TENDER 
RM500.00 



Dokumen Tawaran boleh didapati di Pejabat Naib Presiden, Teknikal & Pra Pembangunan, Divisyen Pembangunan Industri, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor, Tel: (07) 2226922 mulai Khamis. 29 November 2018 hingga Rabu, 12 Disember 2018 dalam waktu pejabat (Ahad, 8.30 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 4.30 petang), (Isnin - Rabu, 8.00 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.15 petang) dan (Khamis, 9.30 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.15 petang). 

Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Rabu, 19 Disember 2018 di alamat Naib Presiden, Teknikal & Pra Pembangunan, Divisyen Pembangunan Industri, Johor Corporation Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari. 

Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan:. 
a) Sijil Asal (termasuk salinan fotostat) Pendaftaran Pemborong Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
b) Sijil Pendaftaran Syarikat (Salinan) 

Pihak kami berhak menolak pembelian dokumen tawaran tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna. 

Pembayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF atau KIRIMAN WANG di atas nama TPM TECHNOPARK SDN. BHD. 

Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas. Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.


Medium 210c35ed 2d27 4bad b1be 3d3e470dac2a