Asklegal

Tender | Maintenance

Universiti Sultan Azlan Shah



KENYATAAN TENDER

Tawaran ini adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) untuk mengambil bahagian di dalam Tender seperti berikut:



RUJUKAN
USAS/T/K01/2018



TAJUK
Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih & Menaik Taraf Tandas Asrama


GRED, KATEGORI & PENGKHUSUSAN
G3 B04 & B13



WAKTU TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK
9.00 Pagi



1. Kontraktor yang berminat menyertai Tender diwajibkan menghadiri sesi taklimat / lawatan tapak pada 30 Julai 2018 (Isnin) bertempat di Jabatan Kewangan, Aras 2, Bangunan Pentadbiran. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang berdaftar dengan CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bersama salinan fotostat sijil tersebut (tidak dikembalikan). Hanya penama di sijil CIDB / SPKK sahaja dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Surat wakil kuasa tidak dibenarkan. 

2. Dokumen Tender akan dijual pada 30 Julai 2018 - 3 Ogos 2018 di Kaunter Hasil, Jabatan Kewangan, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran. Waktu jualan adalah jam 10.00 pagi hingga
3.00 petang, kecuali pada hari Jumaat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 

3. Dokumen Tender adalah dalam bentuk cakera padat (CD) dengan format PDF. Kontraktor perlu mencetak sendiri dokumen berkenaan. Harga dokumen adalah RM 60.00 sahaja. Kontraktor yang ingin membeli Dokumen Tender mestilah mengemukakan Keratan Kehadiran Taklimat & Lawatan Tapak. 

4. Dokumen Tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam peti Tender di Jabatan Kewangan, Aras 2, Bangunan Pentadbiran, Universiti Sultan Azlan Shah pada sebelum jam 12.00 tengah hari pada 20 Ogos 2018 (Isnin). 

5. Kontraktor yang masih belum berdaftar dengan USAS hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran sebelum tarikh tutup Tender. 

6. USAS tidak semestinya menerima tawaran harga yang terendah atau terikat dengan mana-mana Tender.

Unit Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 2, 
Bangunan Pentadbiran, Universiti Sultan Azlan Shah,
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak. 
Tel./Faks. / E-Mel : 05 - 7732261 / 05-7732305 / perolehan@usas.edu.my


Medium ffb62ee4 d6e9 49fe 974f 81e0d8aba290