KENYATAAN TENDER

a) Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut:-


I. NO TENDER:
MPS/T/74/17

TAJUK PROJEK:
Cadangan Merekabentuk Dan Membina Pengukuhan Cerun Di Jalan E4/15 (Bersempadan Kubur Islam Bukit Lagong), Taman Ehsan, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

GRED & PENGKHUSUSAN:
  • Berdaftar dengan CIDB
  • Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang masih sah
  • Gred G4
  • Kategori CE
  • Pengkhususan CE08, CE21 & CE36
TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK (WAJIB):
  • 19 Jun 2017 (ISNIN)
  • Berkumpul di Tempat Letak Kereta Berhampiran Pintu Gerbang FRIM, Kepong pada jam 9.30 pagi
  • Hanya penama di dalam lesen / pemilik syarikat sahaja yang dibenarkan hadir

HARGA (RM):
150.00

TARIKH JUAL DAN TUTUP:
19/6/2017 hingga 17/7/2017


II. NO TENDER:
MPS/T/75/17

TAJUK PROJEK:
Cadangan Merekabentuk Dan Membina Pembaikan Cerun Di Jalan Desa Jaya, Taman Desa Jaya (Bersempadan Kubur Cina), Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

GRED & PENGKHUSUSAN:
  • Gred G4
  • Kategori CE
  • Pengkhususan CE08, CE21 & CE36
TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK (WAJIB):
  • 19 Jun 2017 (ISNIN)
  • Berkumpul di Tempat Letak Kereta Berhampiran Pintu Gerbang FRIM, Kepong pada jam 9.30 pagi
  • Hanya penama di dalam lesen / pemilik syarikat sahaja yang dibenarkan hadir

HARGA (RM):
150.00

TARIKH JUAL DAN TUTUP:
19/6/2017 hingga 17/7/2017


b) Dokumen Tender boleh didapati di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari, 2.15 petang hingga 4.30 petang (Isnin - Khamis), 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari, 3.00 petang hingga 4.30 petang (Jumaat).

c) Bayaran dokumen tender akan dikenakan 6% Goods & Services Tax (GST). Bayaran boleh dibuat secara tunai di Majlis Perbandaran Selayang (bayaran ini tidak akan dikembalikan).

d) Dokumen tender akan dikeluarkan kepada syarikat atau wakil yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil syarikat dikehendaki membawa bersama-sama Surat Wakil Kuasa.

e) Kontraktor yang berminat hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL DAN SALINAN yang masih sah tempoh untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen:
  • Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB)
  • Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
  • Salinan Surat Perakuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

f) Taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan dan akan diadakan pada 19 Jun 2017 (Isnin), berkumpul di Tempat Letak Kereta Berhampiran Pintu Gerbang FRIM, Kepong. Hanya penama di dalam lesen / pemilik syarikat sahaja yang di benarkan hadir taklimat dan lawatan tapak serta kehadiran akan dicatatkan sebagai salah satu syarat kelayakan tender.

g) Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga.

h) Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan di talian 03-6126 5838.


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG