NOTIS TENDER

1. Syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kepala Bidang seperti di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tender bagi kerja di Kolej Poly-Tech MARA seperti berikut:-

NO.TENDER

KPTM/T/07/2017


TAJUK KERJA

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH (172) UNIT KOMPUTER SECARA SEWAAN SELAMA TIGA (3) TAHUN UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA


KELAS KOD BIDANG

Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang :

210101 dan 210109


TEMPOH JUAL TENDER

Tarikh 19/06/17 Hingga 04/07/17


TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

Tarikh 21/06/17 (Rabu) jam 11.00 pagi

Tempat Dewan Bunga Mawar, Aras 4, Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA, Jalan 7191, Taman Shamelin

Perkasa, Kuala Lumpur

(Kehadiran diwajibkan)


TARKH TUTUP TENDER

11 Julai 2017 Jam 12.00 tengah hari


2. Salinan fotostat (tidak dikembalikan) Sijil Pendaftaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah disertakan semasa pembelian dokumen tawaran dibuat.

3. Dokumen tender dan maklumat lanjut boleh didapati di kolej seperti di Jadual di atas dan pada waktu rasmi pejabat.

4. Dokumen tender boleh dibeli dengan harga (termasuk 6% GST) RM160.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Enam Puluh Sahaja) dengan menggunakan “Money Order" /"Postal order" atau Draf Bank berpalang sahaja atas nama "KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD- IBU PEJABAT" dan bayaran secara tunai TIDAK DITERIMA. Bayaran ini tidak akan dikembalikan kepada petender dan akan dikira sebagai kos penyediaan dan percetakan dokumen.

5. Dokumen tender tidak lagi dijual pada / mulai 05 JULAI 2017. *

6. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah :

PENGARAH KANAN

JABATAN LOGISTIK& ASET

IBU PEJABAT KOLEJ POLYTECH MARA

ARAS 5, JALAN 7/91, TAMAN SHAMELIN PERKASA CHERAS, 56100 KUALA LUMPUR

7. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. KPTM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tender yang dikemukakan melalui pos. Bukti pos bukanlah bukti penerimaan.