KENYATAAN TAWARAN TENDER

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB) dan masih dibenarkan membuat tawaran untuk kerja-kerja berikut:


I. NO. TAWARAN MDYP:
MDYP 29/2017(M)

PERIHAL KERJA:
Menurap Semula Jalan Di Jalan Mah Choo, Yong Peng

GRED:
G3

KATEGORI:
CE

PENGKHUSUSAN:
CE01

BAYARAN (RM):
400.00


II. NO. TAWARAN MDYP:
MDYP 30/2017(M)

PERIHAL KERJA:
Menurap Semula Jalan Di Bandar Baru Ayer Hitam

GRED:
G3

KATEGORI:
CE

PENGKHUSUSAN:
CE01

BAYARAN (RM):
400.00


III. NO. TAWARAN MDYP:
MDYP 31/2017(M)

PERIHAL KERJA:
Menurap Semula Jalan Dan Menyelenggara Perparitan Tepi Jalan Di Kawasan Taman Sri Aman, Yong Peng

GRED:
G3

KATEGORI:
CE

PENGKHUSUSAN:
CE01 dan CE34

BAYARAN (RM):
400.00


2. Lawatan tapak akan diadakan pada 18 Jun 2017, jam 10.00 pagi. Kontraktor yang berminat adalah dijemput hadir dan berkumpul di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng untuk taklimat projek.

3. Dokumen tawaran boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Yong Peng, dengan bayaran secara tunai atau wang pos di atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Yogn Peng pada waktu pejabat mulai 18 Jun 2017 hingga 08 Julai 2017.

4. Dokumen tawaran akan dijual kepada kontraktor / wakil yang sah sahaja dengan mengemukakan dokumen asal pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai tempoh tamat sekurang-kurangnya 6 bulan selepas tawaran ditutup. Dokumen hanya dijual kepada kontraktor yang layak dan hadir lawatan tapak sahaja.

5. Dokumen yang telah diisi hendaklah dikirimkan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng, KM 1, Jalan Labis, 83700 Yong Peng, Johor dengan mencatatkan nombor tawaran di sebelah atas sampul surat atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran selewat-lewatnya pada 08 Julai 2017, jam 12.00 tengahari.


Yang Dipertua
Majlis Daerah Yong Peng
Johor Darul Takzim