Asklegal
Home banner da2d7737 08e4 4bb9 8c8b 82df58d8578b

Family,Property

Apa beza wasiat orang Islam dan bukan Islam di Malaysia?

about 7 years ago adlykiddy

124

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Bila berbicara tentang wasiat ia bukanlah suatu perkara yang mudah malah pembahagian wasiat boleh menjadi rumit kalau tak dikendalikan dengan betul dan sedihnya kadang-kadang tu boleh melibatkan pergaduhan antara ahli keluarga terutama sekali adik-beradik. Jadi kat artikel ni, kami melihatkan secara am bagaimana pembahagian wasiat dibuat di Malaysia. 

Imej dari adisuraidi.blogspot.com

Kebiasaanya di Malaysia, boleh dikatakan bahawa pembahagian harta bergantung kepada kepercayaan si mati (Islam dan bukan Islam) di mana terdapat beberapa perbezaan. Seperti contoh, dalam pembahagian harta pusaka untuk bukan Islam ibubapa angkat boleh beri sepenuhnya harta mereka kepada anak angkat yang sah manakala dalam Islam pula, wasiat anak angkat tersebut boleh dicabar. Perkara ni kami akan explain lagi tapi sebelum pergi lebih mendalam, kita tengok dulu apa itu wasiat…

 

Pembahagian harta dari segi Islam

Wasiat adalah peninggalan harta selepas seseorang tu mati, di Malaysia wasiat sering dilihat dari dua sudut. Yang pertama adalah dari segi Islamik. Menurut ajaran Islam, penulisan wasiat tidak wajib tapi  terdapat tulisan dalam Al-Quran dan juga Sunnah (rujukan orang Islam berdasarkan perbuatan dan percakapan Nabi Muhammad SAW) bahawa penulisan wasiat amat digalakkan. Agama Islam telah meletakkan beberapa syarat untuk seseorang tu menulis wasiat dan antaranya adalah pewasiat tersebut hendaklah waras, matang (sudah baligh), tidak dipaksa, dan juga pemilik harta yang diwasiatkan. 

Kat Malaysia kalau seseorang Muslim tu mati tanpa menulis wasiat, harta si mati akan dibahagikan mengikut hukum Faraid (iaitu cara pembahagian harta mengikut Islam). Berdasarkan hukum tersebut, segala hutang (yang dibenarkan syarak) si mati hendaklah dilaksanakan terdahulu sebelum dibahagikan dan cara pembahagian pula dilakukan secara demikian:

Gambar dari eztakaful.com
Gambar dari eztakaful.com

Perlu diingatkan bahawa faraid ni hanya terjadi apabila si mati tidak menulis wasiat, kalau ada wasiat boleh berpandukan tu sahaja, lagi satu nota penting yang kita boleh ambil adalah, menurut para ulama (orang hebat agama Islam) wasiat sepenuhnya boleh ditinggalkan kepada salah seorang waris sah dengan persetujuan waris-waris yang lain, tapi ni tak digalakkan. Dan kalau ada yang tertanya-tanya Islam tak melarang untuk seseorang Muslim memberi wasiat kepada orang yang bukan Islam. Jadi tu sedikit sebanyak tentang pembahagian wasiat dari sudut Islam di Malaysia, bagaimana pula untuk kepada yang bukan Islam?

 

Pembahagian harta dari segi bukan Islam di Malaysia

Yang kedua pula pembahagian wasiat boleh dilakukan melalui Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act) - diubah suai pada tahun 1997 - untuk orang bukan Islam. Undang-undang ni hanya berkuat kuasa kepada semua warga Malaysia yang bukan Islam tinggal di Semenanjung dan tak merangkumi orang bukan Islam di Sabah dan orang asli Sarawak. 

Perlu diingatkan kat sini, ‘estate’ bukan sahaja tertakluk kepada tanah tapi juga termasuk barang kemas, wang insuran, dan segala jenis harta peninggalan si mati. Menurut Akta Pembahagian 1958, kalau si mati tak tulis wasiat kesemua hartanya akan diberi kepada pihak yang berkenaan seperti yang tertera dibawah: 

Kalau si mati meninggalkan...

Hak Ibubapa

Hak Pasangan Hak Kerabat
• ibubapa sahaja tanpa pasangan atau kerabat Seluruh harta - -
• pasangan sahaja tanpa ibubapa atau kerabat - Seluruh harta -
• kerabat sahaja tanpa pasangan atau ibubapa - - Seluruh harta
• ibubapa dan pasangan, tanpa kerabat 1/2 1/2 -
• pasangan dan kerabat, tanpa ibubapa - 1/3 2/3
• ibubapa dan kerabat, tanpa pasangan 1/3 - 2/3
• ibubapa, pasangan, kerabat 1/4 1/4 1/2
 

*Jadual dari The Malaysian Bar Council

Malaysian Bar Council juga ada berkata kalau yang tertakluk dalam jadual ni semuanya takde, harta akan diberikan secara adil kepada berikut mengikut urutan – 

  1. Adik beradik
  2. Atuk dan nenek
  3. Pakcik dan makcik
  4. Moyang
  5. Pakcik dan makcik moyang

Dan kalau semua takde juga baru kerajaan akan ambil alih harta si mati. So setakat ni kita telah cover macam mana harta pusaka dibahagikan kalau si mati tak tulis wasiat tapi ni hanya merangkumi orang yang mempunyai pertalian darah dengan si mati, kalau anak angkat pula macam mana?

 

Anak angkat boleh dapat wasiat tapi…

Dari segi Islam, anak angkat boleh dapat harta pusaka si mati kalau wasiat telah ditulis. Tapi kalau nak diikutkan hukum fariad, anak angkat tiada dalam list tapi kalau si mati dah letak nama anak angkat sebagai pewaris, kebiasaanya anak angkat tersebut dapat tidak melebihi 1/3 dari harta pusaka tapi kalau nak kasi lebih boleh je. Perlu diingatkan waris yang sah (seperti ibubapa, adik-beradik, dll) boleh buat surat untuk claim wasiat yang melebihi 1/3 tersebut.

Menurut undang-undang syariah Malaysia pula, mana-mana anak angkat yang dijaga oleh makcik-pakciknya sendiri, anak angkat tersebut berhak untuk mendapat wasiat seperti biasa. Manakala untuk anak angkat yang warisnya masih hidup (ada setengah keluarga kasi anak dia kat orang lain untuk dijaga) tidak berhak untuk mendapat wasiat dari keluarga angkatnya. Perlu diingkatkan anak angkat tersebut perlu diperakui secara sah oleh masyarakat setempat atau telah mengisi borang anak angkat yang disediakan oleh kerajaan.

Gambar dari mynewshub
*Anak angkat* get it? haha

Untuk yang bukan Islam di Malaysia pula, anak angkat terbahagi kepada dua kategori menurut Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Registration of Adoptions Act). Yang pertama adalah Court Adoption (mengambil anak angkat melalui proses mahkamah) dan yang ni segala tanggungjawab dan hak ibubapa sebenar dipindahkan sepenuhnya kepada ibubapa angkat (ibubapa angkat ni kena sah berkahwin di sisi undang-undang). Untuk anak angkat melalui Court Adoption, dia berhak mendapat wasiat sepenuhnya ibarat anak kandung

Yang kedua pula adalah proses pengambilan anak angkat melalui pendaftaran anak angkat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Untuk yang ni, boleh jatuh kepada orang Islam dan juga bukan Islam dan sebelum mendaftar di JPN, ibubapa angkat tersebut kenalah menjaga anak angkat tu sekurang-kurangnya dua tahun. Anak angkat yang ni tidak berhak untuk tuntut harta pusaka jika wasiat tidak ditulis oleh si mati tapi kalau nama anak angkat ada dalam wasiat maka dia berhak untuk terimanya.   

Tapi bila berbicara tentang wasiat ada lagi satu perkara yang pewaris kena utamakan…

 

Malangnya, hutang pun diwarisi!

So sebelum korang boleh start claim wasiat, perlu terlebih dahulu diutamakan mana-mana hutang yang ada sebab mengikut ajaran Islam dan undang-undang wasiat Malaysia untuk yang bukan Islam, kesemua hutang perlu diselesaikan sebelum harta tersebut boleh diagihkan. Berpandukan prinsip ni, pengiraan siapa dapat apa hanya boleh dilakukan apabila semua hutang dah dibayar (kalau ada hutang lah).  

Sebelum tu kita lihat dulu proses pembayaran hutang utama seperti proses pengebumian/pembakaran mayat, kerajaan (cukai), bank (pembelian kereta, rumah, dan lain-lain lagi) dan yuran orang yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan wasiat. 

Kalau si mati mampu untuk membayar hutang, bayaran akan diutamakan seperti berikut: 

Gambar dari loanstreet sdn bhd
Gambar dari Loanstreet

Tapi kalau si mati tak mempunyai harta yang mencukupi untuk bayar hutang macam mana? Kalau harta pusaka tu tak sempat sampai ke hutang kereta atau rumah, kebiasaanya bank akan minta pewaris ambil alih pinjaman/hutang tersebut dan kalau pewaris tak nak, bank ada hak untuk ambil semula harta tersebut dan menjualnya bagi melangsaikan hutang. Kalau ada baki lebih dari jualan tersebut, pewaris boleh ambil. Manakala untuk hutang pinjaman peribadi atau kad kredit, guarantor si mati perlu membayar hutang tersebut. Tapi ada dalam sesetangah kes, si mati langsung takde apa-apa dan ni sering dirujuk sebagai insolvent bermaksud pewaris tak dapat apa-apa dan bank/kerajaan pun tak dapat apa-apa. 

 

Disyorkan untuk buat persiapan awal, sebab manalah kita tahu kan...

Kami sering terjumpa dengan satu nasihat yang sering diungkapkan mengenai topik ni, iaitu tulis wasiat sementara masih hidup tak kiralah sama ada dari golongan Islam atau bukan Islam. Walaupun dari segi agama dan undang-undang dah ada ‘default setting’ untuk pengurusan harta pusaka, adalah lebih baik kalau kita tulis sendiri supaya siapa kita tahu kebajikan yang tersayang dijamin. 

Alasan yang sering digunakan adalah “nantilah, dah tua baru tulis” atau “alaa, rumah dan kereta murah je tak perlu la kot tulis wasiat. Sekecil zarah mahupun sebesar gunung tidakkah kita nak lihat ahli keluarga dan yang tersayang dijaga selepas permergian kita? Jadi kalau korang rasa ada nak tulis wasiat, orang Islam Malaysia boleh hubungi Jabatan Agama di kawasan korang manakala orang bukan Islam pula hubungi agent yang sah untuk pengurusan.  

 

 

Tags:
syariah
wasiat
islam
bukan islam
harta
meninggal
faraid
akta pembahagian 1958
akta pendaftaran pengangkatan 1952

124

Shares

A+

A-