Consumer, Contract
Kena tipu beli barang online? Ini langkah untuk dapatkan keadilan dan duit balik
about 5 years ago Azar Ishak
[Click here for English version]
Korang mesti pernah nampak post orang tak puas hati sebab kena tipu dengan peniaga dalam talian (online) di media sosial. Ceritanya macam biasalah, bila dah bayar, tunggu punya tungu, barang tak sampai-sampai.
Bila kena tipu macam ni, semua orang mesti rasa sakit hati. Tapi masalahnya, masih ramai di antara kita yang tak berapa faham atau tak tahu macam mana nak berdepan dengan kes-kes sebegini. Tapi nasib baiklah, ada kaedah-kaedah yang korang boleh cuba untuk dapatkan duit korang balik.
Namun, sebelum kita pergi ke kaedah-kaedah tu, seperti mana yang kita tahu, ada banyak cara orang berbelanja dalam talian. Tapi, kami kali ni cuma bagi fokus pada dua cara berbelanja dalam talian je, iaitu:
Jadinya, jom kita mula dulu dengan cara beli dari platform dalam talian dan benda pertama yang korang kena tahu adalah…
1. Kamu boleh dapat bayaran balik dari platform dalam talian
Sebenarnya, agak mudah bila kita beli barang dari platform dalam talian, sebabnya mereka dah ada terma dan syarat sendiri. Jadi, apa yang kita kena buat untuk dapatkan duit kita balik adalah ikut apa yang dah dinyatakan dalam terma mereka. Contohnya, dia kata macam ni:
Tapi, macam mana kalau platform ni tak menghormati terma dan syarat mereka?
Di sinilah kita akan ambil jalan undang-undang untuk dapatkan duit kita balik. Walaupun kemungkinan besar platform ni akan menghormati polisi mereka, keadaan mungkin agak berbeza dengan penjual bebas yang iklankan produk mereka di Facebook Marketplace atau laman media sosial mereka.
Jadinya, pilihan di bawah ni lebih berkaitan dengan penjual bebas, tapi ia juga boleh digunakan untuk platform membeli-belah dalam talian jika perlu.
2. Mahkamah Tuntutan Kecil – RM5,000
Imej dari Giphy.
Kalau korang pilih cara ni untuk dapatkan duit korang balik, korang secara teknikalnya akan saman penjual dalam talian yang dah melanggar kontrak. Bila cakap pasal kontrak, korang mesti terfikir, kontrak ni dokumen yang agak rumit dan ia perlukan tandatangan korang. Sebenarnya, kontrak juga merangkumi situasi mudah seperti beli dan jual. Bila korang setuju bayar penjual sebagai tukaran barangan yang akan dihantar, ia dikira sebagai kontrak. Jadi, kalau penjual tu gagal bagi barang yang dah dibeli, ini bermakna dia dah melanggar kontrak.
Oleh itu, kes macam ni boleh dibawa ke mahkamah tuntutan kecil. Sesuai dengan namanya, mahkamah ni hanya kendalikan kes di bawah RM5,000. Prosedur mahkamah ni pun senang je dan korang tak payah ada peguam. Sebenarnya, kami pernah terangkan pasal prosedur nak mulakan kes di mahkamah tuntutan kecil sebelum ni, korang boleh klik pautan di bawah kalau nak baca.
[BACA LAGI: How to file a claim in a small claims court]
Jadi, sebaik sahaja korang ikut prosedur untuk memulakan kes, ini adalah perkara paling penting yang korang kena tunjukkan kepada hakim:
Tapi, seperti mana yang kitorang kata tadi, mahkamah tuntutan kecil hanya dengar kes yang kurang RM5,000. Jadi, kalau barang korang lebih dari nilai tu, korang boleh buat aduan kepada…
3. Tribunal tuntutan pengguna – RM25,000
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) ni sebenarnya macam mahkamah juga, tapi ia diwujudkan untuk satu tujuan je, iaitu menangani pertikaian antara pembeli dan penjual. Nilai yang diuruskan oleh tribunal ni pula kurang daripada RM25,000.
Kelebihan TTPM ni, selain ia menguruskan kes di bawah RM25,000, ia juga ada prosedur yang mudah nak diikuti. Apa yang korang kena buat adalah – isi borang dalam talian di sini dan bayar yuran pemprosessan RM5.00. Lepas tu, korang kena hantar dokumen tertentu kepada penjual, untuk maklumkan kepadanya yang korang dah buat aduan. Kemudianya, TTPM akan tetapkan tarikh pendengaran.
Masa dekat TTPM nanti, akan ada orang yang uruskan kes dan jadi pengantara menyelesaikan kes antara korang dan penjual. Kalau korang dan penjual tak dapat setuju dengan penyelesaian yang ada, keputusan akan diberikan dan ia mungkin termasuklah meminta penjual memulangkan semula duit korang.
Kalau korang tertanya-tanya sama ada korang boleh buat aduan kepada TTPM jika nilai barang kurang RM5,000, jawapannya YA. Malah, korang mungkin lebih suka dengan pilihan ni, sebab TTPM memang diwujudkan untuk masalah-masalah yang macam ni. Selain tu, untuk mahkamah tuntutan kecil, korang kena pergi ke mahkamah untuk isi borang, tapi untuk TTPM, korang boleh isi melalui dalam talian je.
4. Korang boleh buat laporan polis
Sebelum kita teruskan dengan kaedah keempat ni, kami nak beritahu dulu yang korang mungkin tak akan dapat duit korang balik, tapi apa yang korang akan dapat adalah keadilan kalau buat laporan polis. Tapi dalam masa sama, korang masih ada hak untuk saman penjual atau buat aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna.
Jadi, satu perkara yang kita kena tahu pasal penjual dalam talian yang penipu ni, mereka sebenarnya dah buat jenayah di bawah Seksyen 415, Kanun Keseksaan. Undang-undang ini secara amnya mengatakan, penjual yang berniat untuk menipu sejak dari mula lagi dan tak pernah ada niat hendak menghantar barang tu kepada pembeli, sebenarnya dah melakukan jenayah. Ini contoh, supaya korang boleh faham lagi.
Ali buat iklan yang dia jual telefonnya dengan harga RM500
Ali dan Muthu setuju dengan jualan itu, dan Muthu pun masukkan RM500 ke akaun Ali
Ali tak hantar telefon itu kepada Muthu
……. Muthu buat laporan polis terhadap Ali …..
Kalau ternyata Ali tak pernah bermaksud nak jual telefon tu, dan tawaran tu semua sebab nak ambil duit Muthu (atau orang lain) – Ali dah melakukan jenayah penipuan.
Kalau ternyata Ali sebenarnya memang nak jual telefon tu, tapi lepas tu tukar fikiran – ia bukan jenayah, tapi melanggar kontrak.
Dalam situasi Ali cuma melanggar kontrak, perkara paling mudah yang dia boleh buat adalah pulangkan balik duit yang dah dibayar tu. Kalau dah buat macam tu, tak jadi isu lagi la untuk mereka berdua.
Tapi, kalau Ali tak pulangkan balik duit, macam mana PDRM buat keputusan – sama ada si penjual tu ada niat nak menipu? Sebenarnya mudah je polis nak siasat, tapi pihak yang mengadu kenalah tolong pihak polis dengan berikan bukti yang dia dah buat macam tu kepada orang lain juga sebelum ni. Atau tunjukkan teks antara korang dengan dia. Tapi, kalaulah PDRM tak dapat buat apa-apa sebab ia bukan jenayah, korang masih ada hak untuk saman atau buat aduan kepada TTPM.
Tapi sekali lagi kami beritahu, kalau buat laporan polis, korang mungkin dapat keadilan, tapi tidak duit korang balik.
Prosedur ni hanya berfungsi kalau korang tahu identiti penjual
Dari semua prosedur yang diberitahu ni, ia sebenarnya hanya boleh berfungsi kalau korang kenal identiti penjual. Ada kemungkinan penjual dalam talian tu guna profil palsu bila nak iklankan barang mereka. Jadinya, kalau tak ada maklumat penting macam tu, agak sukar untuk tindakan diambil.
Tambahan lagi. mungkin ada di antara korang yang pernah beli barang dari penjual luar negara atau platform luar negara (seperti – Amazon, Ebay dan sebagainya). Sama macam di atas, ia agak sukar nak ambil tindakan terhadap mereka, sebab mereka ni di luar bidang kuasa mahkamah dan PDRM.
Bagaimanapun, kalau korang berdepan dengan keadaan macam ni, cara terbaik masih lagi buat laporan polis. Dan sebagai langkah awal, kita kenalah sentiasa behati-hati dalam setiap langkah kita, terutamanya bila membeli belah dalam talian. Oleh itu, sebaiknya pastikan dulu penjual tu ada reputasi yang baik dan butirannya boleh kita tengok dan nampak sah.
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: