General
Ini hak-hak anda sebagai pekerja asing di Malaysia
about 5 years ago Azar Ishak
Kalau anda ditahan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Malaysia, ada beberapa peraturan dan undang-undang yang anda dan pihak berkuasa perlu patuhi. Berikut adalah panduan tentang apa yang anda perlu lakukan ketika ditangkap dan ditahan, bersama dengan hak-hak anda sebagai pekerja asing di Malaysia.
1. Bawa dokumen asal anda bersama
Bawa pasport atau kad UNCHR anda bersama. Pastikan ia adalah dokumen asal. Jika pasport anda di imigresan untuk diperbaharui, bawa salinan (fotokopi) dan surat daripada majikan anda yang menjelaskan alasannya.
Jika diberhentikan oleh pihak berkuasa, perkenalkan diri anda dan jelaskan mengapa anda berada di Malaysia (sama ada untuk bekerja atau bercuti). Jika pihak berkuasa itu adalah pegawai polis, ambil maklumat ini:
2. Jika anda diberhentikan oleh pihak polis
Mana-mana pegawai penguatkuasa boleh memberhentikan anda di tempat awam. Tapi, penahanan selalunya dilakukan oleh pegawai polis. Cuma dalam keadaan tertentu, Ketua Kampung ada kuasa untuk menahan anda.
Tanya mereka dengan sopan, kenapa mereka menahan anda.
Minta dengan sopan supaya pegawai itu menunjukkan identitinya (Kad Polis)
Kad berwarna biru adalah untuk inspektor dan ke atas.
Berwarna merah pula bermaksud pegawai itu digantung tugas dan dia tak ada kuasa terhadap anda. (Dalam situasi begini, lebih selamat untuk anda pergi dari situ).
Warna lain untuk dikenal pasti:
Selepas menahan anda, mereka mesti menghantar anda ke Balai Polis berdekatan secepat mungkin.
Pegawai polis boleh menahan anda tanpa waran untuk jenayah serius. Tapi kalau jenayah itu kurang serius, mereka mesti mempunyai waran tangkap.
3. Soalan-soalan yang pegawai polis boleh tanya
Pihak polis sebenarnya boleh bertanya sebarang soalan yang mereka rasakan releven.
Ini adalah 3 soalan yang biasanya ditanya:
Jika anda rasa tak selesa untuk menjawab soalan-soalan selain di atas, anda ada hak untuk berdiam diri.
Jika polis tak menahan anda, anda boleh pergi dari situ.
(Perhatian: Kadang kala, dengan berdiam diri, ia juga berisiko menambahkan lagi tekanan)
Tapi, kalau anda diminta untuk ikut polis ke balai, anda mesti ikut mereka kerana ia adalah prosedur standard. Tapi anda masih boleh tanya – mengapa anda dibawa ke balai.
4. Butiran yang perlu diberikan SELEPAS ditahan
Apa yang anda harus berikan kepada polis adalah:
- Nama penuh anda (seperti yang ada dalam pasport)
- Nombor pasport anda
- Butiran majikan anda, dan;
- Butir-butir kenalan dan saudara mara yang boleh dihubungi.
5. Anda boleh hubungi orang yang anda percaya, jika anda ditangkap atau ditahan
Anda sebenarnya ada hak untuk menghubungi saudara terdekat, kedutaan negara, peguam atau mana-mana NGO seperti Tenaganita.
Anda boleh menghubungi Tenaganita di talian hotline 24 jam mereka:
Pastikan juga anda sediakan maklumat kepada orang/agensi yang anda hubungi:
PERHATIAN: Mungkin lebih mudah hubungi kawan dan minta dia hubungi Tenaganita.
Anda hanya boleh ditahan maksimum selama 14 hari. Selepas tempoh itu, anda mesti dibawa ke mahkamah untuk didakwa, jika anda didapati terlibat dalam jenayah.
Jika anda didapati bersalah, anda mungkin akan ditahan lebih lama lagi di Pusat Tahanan, sehingga anda dihantar pulang.
6. Jika pemeriksaan badan dijalankan
Pihak polis hanya boleh menjalankan pemeriksaan badan dalam 2 situasi:
-
Bila mereka mengesyaki adanya bukti jenayah
-
Selepas anda ditahan
Anda ada hak untuk minta pemeriksaan badan dilakukan secara tertutup, dan secara profesional.
Jika anda seorang wanita, pemeriksaan itu mestilah dilakukan oleh pegawai polis wanita.
7. Keselamatan barangan anda semasa ditahan
Barangan peribadi anda seperti telefon bimbit, dompet dan sebagainya, mestilah diserahkan kembali kepada anda, sejurus selepas anda dibebaskan.
Polis mesti membuat rekod dan meletakkan semua barang peribadi anda dalam penjagaan yang baik.
Buat nota barangan peribadi anda yang telah diserahkan kepada polis.
8. Minta jurubahasa di mahkamah
Jika anda tak faham apa yang dikatakan oleh pegawai polis atau dakwaan yang dibacakan di mahkamah, anda mesti beritahu perkara itu dan minta penterjemah/jurubahasa.
Jangan mengaku bersalah di mahkamah, jika anda tak faham pertuduhan. Mintalah untuk bercakap dengan peguam atau NGO seperti Tenaganita.
Anda boleh menghubungi Tenaganita di talian hotline 24 jam mereka:
This article is for informational purposes only and should not be taken as legal advice. Every situation is unique and dependent on the facts (ie, the circumstances surrounding your individual case) so we recommend that you consult a lawyer before considering any further action. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.
Tags: